WASHINGTON: Amerika Syarikat menggerakkan kapal induk USS George Washington dari Pasifik menuju ke Timur Tengah bagi menggantikan USS Abraham Lincoln, yang sudah berada di laut lebih 240 hari untuk menyokong operasi ketenteraan dalam perang dengan Iran.
Pergerakan itu dilakukan ketika timbul laporan mengenai masalah bekalan, tekanan terhadap kesihatan mental anak kapal dan kesan penugasan panjang terhadap kira-kira 5,000 kelasi USS...





