gempa flores
DuniaAug 16, 2026 | 5:48 PM

Ribuan mangsa gempa di Flores resah tunggu bantuan

Ruteng (Indonesia): Ribuan mangsa menunggu bantuan pada 16 Ogos di Pulau Flores, Indonesia, selepas gempa bumi kuat mengorbankan 51 nyawa, mencederakan puluhan serta merosakkan ratusan rumah dan bangunan.

Hampir 5,000 orang meninggalkan kediaman apabila gempa berukuran 7.7 melanda pulau itu pada awal 15 Ogos, diikuti 341 gegaran lanjutan, kata jurucakap Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB).

Gambar menunjukkan Masjid Putra dan Pejabat Perdana Menteri Malaysia di Putera Jaya diselubungi jerebu akibat kebakaran hutan di rantau ini.
MalaysiaAug 22, 2026 | 4:31 PM

M’sia gesa Asean bertindak tangani jerebu capai tahap tidak sihat

PETALING JAYA: Malaysia menggesa negara-negara anggota Asean supaya meningkatkan langkah pencegahan dan persediaan terhadap masalah jerebu rentas sempadan memandangkan keadaan cuaca kering mendorong kualiti udara ke tahap tidak sihat di beberapa negara.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar Malaysia, Encik Arthur Joseph Kurup, berkata negaranya kekal komited terhadap matlamat serantau untuk mencapai Asean bebas jerebu menjelang 2030 melalui pelaksanaan...

Katapella 2026, bahasa Melayu, pertandingan sekolah
Bahasa & budayaAug 21, 2026 | 9:33 PM

Institusi Rendah St. Joseph, Sekolah Menengah Yusof Ishak juara ‘Katapella 2026’

Para pelajar Institusi Rendah St. Joseph dan Sekolah Menengah Yusof Ishak muncul juara pertandingan Katapella 2026 (gabungan nyanyian harmoni dan koreografi tersusun) dalam bahasa Melayu.

Pertandingan Katapella 2026 yang dibuka kepada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah anjuran bersama Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC) dan Mediacorp itu bertujuan memupuk penghayatan yang lebih mendalam terhadap bahasa dan budaya...

Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Pembangunan Negara), Sun Xueling,  Anugerah Keselamatan dan Kesejahteraan Pengangkutan Awam (PTSSA)
SingapuraAug 21, 2026 | 7:25 PM

Sistem baharu kuasa AI dapat kesan pemandu langgar peraturan jalan raya

Rakaman video pemandu yang melanggar peraturan jalan raya seperti memasuki laluan bas semasa waktu operasi tidak lama lagi akan dianalisis oleh sistem baharu yang dikuasakan kecerdasan buatan (AI).

Sistem tersebut – yang akan menggunakan rakaman daripada kamera yang dipasang pada bas – bakal dilaksanakan secara berperingkat mulai suku keempat 2026 oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

guru bahasa ibunda, pendidikan bahasa melayu, anugerah guru arif budiman
SingapuraAug 21, 2026 | 7:00 PM

Hong Tat: Teknologi tidak mampu ganti peranan guru Bahasa Ibunda

Guru Bahasa Ibunda kekal tiada galang ganti, meskipun teknologi mampu menjana ayat dan karangan dengan pantas serta lancar pada zaman ini, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Chee Hong Tat.

Semasa berucap di Majlis Penyampaian Anugerah Guru Arif Budiman (Agab) 2026, yang berlangsung di bangunan Perpustakaan Negara pada 21 Ogos, Encik Chee berkata peranan guru Bahasa Ibunda bukan sekadar memelihara bahasa.

PRN Melaka, politik M’sia, PH, PN, BN
MalaysiaAug 21, 2026 | 6:12 PM

Penganalisis: BN main peranan kuasa penentu kerjasama politik di PRN Melaka

Barisan Nasional (BN) kini dilihat sebagai kingmaker (kuasa penentu) dalam memutuskan bentuk kerjasama parti politik bagi menghadapi pilihan raya, khususnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata penganalisis.

Penganalisis politik, Profesor Dr Zaid Ahmad, berkata selain peluang untuk menang, pendirian parti dan pemimpin menjadi antara timbang tara utama yang akan memuktamadkan kerjasama atau persefahaman yang bakal dijalin antara parti politik pada...

Cuti ke Maldives bawah $1,100 seorang?
Play Video

Bukan Demi Mengejar Gaji, Tapi Demi Mencari Makna Hidup
Play Video

Palang Merah Buat Apa Je Sebenarnya?
Play Video

Akhirnya, Oyen, Kelabu dan Kopi kini sudah didaftarkan.
Play Video

Nenek ada tiga kucing??
Play Video