Malaysia, Anwar Ibrahim, Tabung Haji, Akta Tabung Haji
MalaysiaAug 17, 2026 | 1:58 PM

M’sia akan pinda Akta Tabung Haji, pelihara amanah umat Islam

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia akan melaksanakan pindaan terhadap Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) selepas kepincangan yang berlaku dalam institusi itu.

Ini bagi memastikan amanah umat Islam terus dipelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Gambar Jalur Gemilang (bendera Malaysia) dan bendera Johor yang dipasang secara terbalik di sebuah premis perindustrian dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kulai (MPKu).
MalaysiaAug 17, 2026 | 3:28 PM

Premis di Kulai diarah tutup selepas bendera M’sia, Johor dipasang terbalik

KULAI: Sebuah premis perindustrian dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) ditutup buat sementara waktu, selepas Jalur Gemilang (bendera Malaysia) dan bendera Johor didapati dipasang secara terbalik di premis berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor, berkata kerajaan negeri memandang serius kejadian itu kerana kedua-dua bendera berkenaan merupakan simbol kedaulatan dan identiti negara serta...

Presiden Indonesia, Encik Prabowo Subianto, mengetuai upacara menaikkan bendera Merah Putih sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-81 Indonesia di Istana Merdeka, Jakarta, pada 17 Ogos 2026. Sambutan tahun 2026 ini berlangsung ketika ribuan penduduk di Pulau Flores, Nusa Tenggara Timur, masih berdepan kesan gempa bumi kuat 7.7 magnitud yang meragut sekurang-kurangnya 53 nyawa.
DuniaAug 17, 2026 | 3:24 PM

Prabowo pimpin upacara Hari Kemerdekaan ke-81 Indonesia

JAKARTA: Presiden Indonesia, Encik Prabowo Subianto, mengetuai upacara sambutan ulang tahun ke-81 kemerdekaan negara itu di Istana Merdeka pada 17 Ogos, ketika ribuan penduduk di Pulau Flores masih berdepan kesan gempa bumi kuat yang meragut sekurang-kurangnya 53 nyawa.

Encik Prabowo tiba bersama Naib Presiden, Encik Gibran Rakabuming Raka, sebelum mengetuai upacara menaikkan bendera Merah Putih sebagai pemimpin utama upacara tersebut.

Setiap pek bernilai lebih $25 itu mengandungi pelbagai produk makanan dan minuman termasuk bijirin, pati ayam, biskut, tuna, buah epal, susu oat dan minuman berprotein.
SingapuraAug 17, 2026 | 3:22 PM

12,000 pelajar Darjah 6 boleh tebus pek sarapan percuma di Cheers, FairPrice Xpress pada Sep

Sehingga 12,000 pelajar Darjah 6 dapat menebus pek sarapan percuma di cawangan-cawangan Cheers dan FairPrice Xpress mulai 3 September.

Setiap pek bernilai lebih $25 itu mengandungi pelbagai produk makanan dan minuman termasuk bijirin, pati ayam, buah epal dan susu oat, menurut kenyataan Kumpulan FairPrice pada 17 Ogos sewaktu mengumumkan penganjuran semula kelab sarapan Cheers Breakfast Club bagi tahun ketiga berturut-turut.

Penyerang kelahiran Brazil, Rafaelson yang juga dikenali sebagai Nguyen Xuan Son, menjaringkan gol untuk pasukan Vietnam pada minit kelima waktu kecederaan pada separuh masa pertama.
SukanAug 17, 2026 | 3:15 PM

Selepas tewas 0-2, mampukah M’sia tebus kekalahan lawan Vietnam pada 19 Ogos?

Jurulatih sementara Malaysia, Tan Cheng Hoe, tampil dengan nada penuh semangat walaupun pasukannya tewas 0-2 kepada juara bertahan Vietnam dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Asean di Kuala Lumpur pada 16 Ogos.

Keputusan itu bermakna Vietnam akan membawa kelebihan yang selesa menjelang perlawanan kedua di Hanoi pada 19 Ogos.

Penduduk berehat di dalam khemah di kawasan lapang di Marapokot, Nagekeo, Nusa Tenggara Timur, pada 17 Ogos 2026, selepas gempa bumi kuat berukuran 7.7 magnitud melanda wilayah itu. Ribuan mangsa yang kehilangan tempat tinggal masih menunggu bantuan kecemasan, dengan ramai berlindung di sekolah, balai polis, pejabat pemerintah dan kawasan terbuka kerana bimbang gegaran susulan.
DuniaAug 17, 2026 | 3:02 PM

Operasi cari mangsa gempa Indonesia diteruskan pada Hari Kemerdekaan

MBAY, Indonesia: Ribuan penduduk yang kehilangan tempat tinggal akibat gempa bumi kuat di timur Indonesia masih menunggu bantuan kecemasan pada 17 Ogos, ketika pasukan penyelamat meneruskan operasi mencari mangsa di celah runtuhan bangunan.

Gempa berukuran 7.7 magnitud yang melanda wilayah Nusa Tenggara Timur pada 15 Ogos meragut sekurang-kurangnya 53 nyawa dan mencederakan lebih 100 orang.

Oyen dan Kelabu jadi ninja? 🥷🐈
Play Video

Bakat cilik ukir kenangan buat persembahan kali pertama di NDP
Play Video

Pertunjukan bunga api NDP 2026
Play Video

Najip Ali, Hafidz Rahman hidupkan nostalgia televisyen tempatan
Play Video

0908_WhyRed_02
Play Video