JOHOR BAHRU: Sebanyak 1,857 perwakilan Parti Tindakan Demokratik (DAP) atau 88.2 peratus daripada undi sah menyokong usul supaya parti itu kekal dalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan sehingga tamat penggal Parlimen semasa.
Sebaliknya, 242 perwakilan atau 11.5 peratus mengundi supaya DAP keluar daripada kerajaan, menurut keputusan usul yang dibentangkan pada Persidangan DAP 2026.





