JOHOR BAHRU: Johor mahu pelaksanaan projek loji rawatan air (LRA), pembangunan sumber air, bekalan elektrik dan tebatan banjir dipercepat bagi memastikan prasarana asas negeri mampu menyokong pertumbuhan pesat ekonomi serta perkembangan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Johor, Encik Lee Ting Han, berkata jaminan bekalan air dan elektrik menjadi antara keperluan...





