K.O.I Tiwikarma AJL40, Anugerah Juara Lagu 40, Rap rock Malaysia, Tiwikarma, AJL40, TV3, lagu rap rock malaysia, juara ajl40
HiburanAug 18, 2026 | 2:50 PM

30 minit cipta lirik, ‘Tiwikarma’ bawa tuah kepada K.O.I semasa AJL40

Hanya mengambil masa 30 minit untuk menyiapkan lirik, karya Tiwikarma akhirnya membawa kumpulan K.O.I (Konflik of Interest) ke puncak Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-40, sekali gus membuktikan kejayaan sesebuah karya tidak semestinya bermula dengan perancangan yang panjang.

K.O.I merupakan kumpulan rap dan rap-rok alternatif Malaysia yang mencuri perhatian sejak 2024, menerusi identiti penuh misteri, termasuk penampilan bertopeng yang menjadi ‘trademark’...

Anggota polis Perancis meredah gas pemedih mata ketika pertempuran tercetus dalam bantahan pelajar sekolah menengah berhampiran Lycee Berthelot di Aubervilliers, dekat Paris, pada 2 Oktober 2026. Pelajar mengadakan bantahan di seluruh negara bagi menuntut lebih ramai guru ganti, tambahan sumber dan keadaan pembelajaran lebih baik, dengan lebih 400 sekolah ditutup selepas protes berlarutan beberapa hari.
DuniaOct 5, 2026 | 1:34 PM

Sekitar 500 sekolah di Perancis ditutup susuli bantahan ganas pelajar

PARIS: Sehingga 500 sekolah menengah di seluruh Perancis akan ditutup sepenuhnya atau sebahagiannya pada 5 Oktober selepas bantahan pelajar mengenai keadaan sistem pendidikan bertukar ganas dan mencetuskan pertempuran dengan polis anti-rusuhan.

Menteri Pendidikan Perancis, Encik Édouard Geffray, berkata antara 400 dengan 500 sekolah dijangka menggantung sesi pembelajaran kerana keadaan keselamatan masih belum mengizinkan kelas berjalan seperti biasa.

Rendi Apriyanto, 30 tahun, warga Indonesia yang menjadi tentera upahan Russia dalam perang di Ukraine, bergambar dengan seorang lelaki dalam pakaian seragam tentera di lokasi yang tidak didedahkan. Rendi dilaporkan terbunuh dalam serangan dron pada September lalu.
DuniaOct 5, 2026 | 1:09 PM

Tentera upahan Russia warga Indonesia maut di Ukraine selepas kirim wang umrah ibu bapa

JAKARTA: Sebuah keluarga di Indonesia menuntut penjelasan pemerintah selepas anak mereka, Encik Rendi Apriyanto, 30 tahun, dilaporkan terbunuh ketika menjadi tentera upahan bersama tentera Russia dalam perang di Ukraine.

Keluarga Encik Rendi berkata mereka masih belum mendapat kepastian sama ada jenazahnya dapat dibawa pulang, selain mahu mengetahui bagaimana beliau direkrut sehingga akhirnya berada di medan perang.

Pemandu Red Bull, Max Verstappen mendahului pemandu Mercedes, Kimi Antonelli dan George Russell serta pelumba Red Bull, Isack Hadjar semasa saingan Grand Prix Bahrain di Litar Antarabangsa Sepang, pada 4 Oktober. Perlumbaan tergendala hampir sejam berikutan hujan lebat.
SukanOct 5, 2026 | 1:09 PM

Verstappen, Hamilton bingung selepas kerosakan sistem ubah F1 jadi ‘lumba Lego’

SEPANG: Max Verstappen dan Lewis Hamilton menyamakan kesan ralat perisian atau ‘software bug’ yang menjejas beberapa kenderaan sebelum permulaan Grand Prix (GP) Gulf Air Bahrain di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) seperti satu ‘perlumbaan Lego’.

Masalah berkenaan menyebabkan beberapa kenderaan – termasuk milik dua juara dunia yang berkongsi petak hadapan litar – gagal berfungsi dalam keadaan basah sebelum perlumbaan bermula.

Anggota Detasemen Khas 88 (Densus 88) menahan seorang individu yang disyaki terbabit dalam kegiatan pengganasan dalam siri operasi di enam wilayah Indonesia sejak 2 Oktober 2026. Operasi itu membawa kepada penahanan 12 suspek yang dipercayai mempunyai hubungan dengan Daulah Islamiyah dan rangkaian pengganas lain, termasuk terbabit dalam penyebaran propaganda, perekrutan serta latihan militan.
DuniaOct 5, 2026 | 12:54 PM

Indonesia tahan 12 suspek pengganasan disyaki terkait rangkaian Daulah Islamiyah

JAKARTA: Pasukan antipengganasan Indonesia, Detasemen Khas 88 (Densus 88), menahan 12 individu di enam wilayah sejak 2 Oktober kerana disyaki mempunyai hubungan dengan rangkaian militan yang dikaitkan dengan Daulah Islamiyah serta kumpulan pengganas lain.

Jurucakap Densus 88, Encik Mayndra Eka Wardhana, berkata operasi berasingan itu dijalankan di Jawa Barat, Jawa Tengah, Sulawesi Tengah, Sulawesi Selatan, Riau dan Maluku Utara.

Pesawat pengebom B-1B Lancer berlepas dari pangkalan udara RAF Fairford di Gloucestershire, Britain, pada 29 September 2026, selepas polis mengisytiharkan insiden besar di pangkalan itu dan menahan beberapa lelaki kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Bahan Letupan. Mereka kemudian dibebaskan dengan ikat jamin.
DuniaOct 5, 2026 | 12:15 PM

AS pindah segera 12 pesawat pengebom dari Britain susuli ancaman Iran

LONDON: Amerika Syarikat memindahkan kesemua 12 pesawat pengebom B-1 dari sebuah pangkalan udara di selatan England secara tergesa-gesa pada hujung minggu selepas menerima maklumat risikan baru mengenai kemungkinan rancangan serangan yang disokong Iran terhadap pangkalan itu.

Dua pegawai Amerika berkata langkah memindahkan semua pesawat berkenaan dari RAF Fairford dilakukan dengan begitu pantas sehingga beberapa pengebom dan kru mereka berlepas pulang...

Singa buru kemenangan dalam pertemuan dengan M'sia
Play Video

Wajah baharu Galeri Sejarah Singapura angkat warisan Orang Laut
Play Video

Skuad Singa sedia berdepan Indonesia
Play Video

S’pura, 3 negara lain calonkan tarian zapin sebagai warisan Unesco
Play Video

Ikuti liputan Piala Asean Fifa oleh BH dari Indonesia
Play Video