TEMERLOH: Pemandu lori tangki didakwa di Mahkamah Majistret pada 17 Ogos atas dua pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang ibu dan anak lelaki di Kilometer 9, Jalan Temerloh-Triang, pada 14 Ogos lalu.
Nor Azlan Mahayudin, 37 tahun, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Anis Adlina Abu Johan.





