Seorang bekas pengarah kanan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), telah mengaku bersalah mengakses e-mel secara tanpa izin, serta menyeleweng wang sebanyak $68,629.
Dia mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Akta Salah Guna Komputer, dan satu lagi pertuduhan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan kerana menyalahgunakan harta secara tidak jujur.





