Husin Saaban, Temu Lawak, komedi veteran
HiburanAug 28, 2026 | 6:37 PM

Husin Saaban jadikan ‘Temu Lawak’ sebagai pengubat rindu hati peminat

Selepas 39 tahun berkecimpung dalam industri hiburan, pelawak veteran, Husin Saaban, bakal kembali beraksi di atas pentas menerusi sebuah acara makan malam dan persembahan komedi, Temu Lawak.

Ia akan berlangsung di De Villa Ballroom, yang terletak di Centrium Square, pada 31 Oktober, bermula 6.30 petang.

Peguam dan calon simpanan bagi GE2025, Encik Ahmad Firdaus Daud (lima dari kiri), bersama Anggota Parlimen GRC Marine Parade-Braddell Heights di satu acara pengagihan baucar pada 23 Ogos.
SingapuraAug 28, 2026 | 8:38 PM

Peguam Firdaus Daud dikerah ke kawasan undi Kembangan

Peguam, Encik Ahmad Firdaus Daud akan mengambil alih tanggungjawab akar umbi mantan Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim di Kembangan, menurut The Straits Times.

Mulai 1 September, calon simpanan Parti Tindakan Rakyat (PAP) bagi Pilihan Raya Umum 2025 (GE2025) itu akan menjadi penasihat kedua bagi pertubuhan akar umbi Kembangan yang sebelum ini diselia...

Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS), Bulan Bahasa, Zhulkarnain Abdul Rahim, Duta Bahasa
MasyarakatAug 28, 2026 | 8:30 PM

Zhulkarnain: Manfaat teknologi, AI untuk hidupkan bahasa Melayu

Gelombang kecerdasan buatan (AI) yang semakin meluas tidak seharusnya dilihat sebagai ancaman kepada warisan budaya Melayu, sebaliknya perlu dimanfaatkan sebagai pemangkin untuk mendekatkan masyarakat, khususnya golongan muda, kepada bahasa Melayu.

Dalam pada itu, para penggiat seni dan rakan kerjasama Bulan Bahasa digalakkan memanfaatkan teknologi dalam menghasilkan kandungan yang dapat menghidupkan bahasa Melayu, sambil menekankan bahawa penggunaan AI perlu dilakukan secara...

Bahasa Melayu Singapura, David Neo, Bulan Bahasa
MasyarakatAug 28, 2026 | 8:30 PM

Bahasa Melayu satukan masyarakat, bentuk jati diri rakyat S’pura

Bahasa Melayu bukan sekadar alat komunikasi, malah menjadi wadah yang menyatukan masyarakat serta membentuk jati diri rakyat Singapura, kata Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Menteri Kedua Pendidikan, Encik David Neo.

Berucap dalam bahasa Melayu di majlis pelancaran Bulan Bahasa 2026 di Kampus Mediacorp, beliau berkata bahasa tersebut memainkan peranan penting dalam memelihara kisah generasi perintis, meluahkan aspirasi masa depan,...

Berucap di majlis Anugerah Sains dan Teknologi Presiden (PSTA) 2026 di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) pada 28 Ogos, Pengerusi Yayasan Penyelidikan Nasional (NRF), Encik Heng Swee Keat berkata Singapura menyasarkan untuk berada di barisan hadapan dalam bidang penyelidikan dan inovasi, termasuk menerusi kemajuan dalam kecerdasan buatan (AI), teknologi kuantum, bahan termaju dan sains hayat.
SingapuraAug 28, 2026 | 8:16 PM

NRF bakal umum dua laporan baharu, nilai kemajuan, lakar fasa seterus inovasi negara

Dua laporan baharu akan diumumkan oleh Yayasan Penyelidikan Nasional (NRF) pada hari-hari akan datang untuk menilai kemajuan dan melakar fasa seterusnya dalam penyelidikan, inovasi dan perusahaan Singapura, kata pengerusi yayasan tersebut, Encik Heng Swee Keat, pada 28 Ogos.

Laporan Penyelidikan, Inovasi dan Perusahaan 2025 (RIE2025), yang diterbitkan buat kali pertama, akan menunjukkan kemajuan yang telah dicapai dan mengetengahkan beberapa pencapaian...

Mendaki, Lembaga Pengarah, Zaqy, 3 AP
SingapuraAug 28, 2026 | 7:48 PM

Mendaki lantik 4 ahli Lembaga Pengarah baharu, termasuk 3 AP

Yayasan Mendaki mengumumkan empat anggota Lembaga Pengarah baharu pada 28 Ogos, yang merangkumi Anggota Parlimen (AP) dan pemimpin masyarakat Melayu/Islam daripada latar belakang perakaunan dan kewangan.

Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam merangkap Menteri Negara Kanan (Pertahanan) yang juga Pengerusi Yayasan Mendaki, Encik Zaqy Mohamad, telah melantik empat anggota baharu dalam lembaga itu.

Banjir Nepal-Tibet: Lebih 160 maut, pelancong dilapor hilang termasuk warga S’pura
Play Video

Ramai kawan ‘online’, tapi belia masih sunyi?
Play Video

Perkukuh kepimpinan, perkasa belia Melayu/Islam demi masa depan S’pura
Play Video

Lebih sokongan untuk ibu bapa besarkan anak
Play Video

PM Wong gesa masyarakat beri sokongan kepada Zaqy, kepimpinan Melayu/Islam
Play Video