Para pelajar Institusi Rendah St. Joseph dan Sekolah Menengah Yusof Ishak muncul juara pertandingan Katapella 2026 (gabungan nyanyian harmoni dan koreografi tersusun) dalam bahasa Melayu.
Pertandingan Katapella 2026 yang dibuka kepada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah anjuran bersama Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC) dan Mediacorp itu bertujuan memupuk penghayatan yang lebih mendalam terhadap bahasa dan budaya...





