Beberapa inisiatif khas untuk menyokong belia Melayu/Islam merebut peluang dalam ekonomi masa depan, memperkukuh identiti dan nilai jati diri, serta menjalin hubungan lebih kukuh dengan masyarakat bakal dilancar dalam masa beberapa bulan akan datang.
Dibahagikan kepada empat kategori berasingan, inisiatif itu dibentuk berdasarkan dapatan tinjauan enam bulan melibatkan lebih 2,600 belia Melayu/Islam berusia antara 15 dengan 35 tahun, kata Persatuan...





