Singapura menggesa Israel untuk segera menghentikan rancangan peluasan petempatan di wilayah Tebing Barat, sambil mengulangi pendirian teguhnya bahawa pembinaan petempatan di kawasan itu menyalahi undang-undang antarabangsa, kata jurucakap Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada 24 Ogos.
Ia turut menyatakan bahawa cadangan pembinaan petempatan kediaman di kawasan E1, meliputi kira-kira 12 kilometer persegi antara Baitulmakdis Timur dengan petempatan Maale Adumim, akan memecahbelahkan...





