Mengiktiraf nilai biodiversiti kepulauan barat Singapura dan perairan sekitarnya, pihak berkuasa kini meneliti pelan penambakan masa hadapan dan bakal menjalankan kajian teknikal serta mendapatkan pandangan pihak berkepentingan.
Langkah itu diambil selepas saintis dan kumpulan pencinta alam menekankan keperluan bagi kajian menyeluruh serta perundingan awam dijalankan sebelum penambakan bermula.





