Indonesia, Malaysia dan Singapura sekali lagi menegaskan komitmen bersama untuk mengekalkan Selat Melaka dan Selat Singapura bebas, terbuka dan selamat untuk perkapalan antarabangsa.
Ketiga-tiga negara pesisir itu mengulangi ikrar mereka itu di Forum Kerjasama ke-17 pada 25 Ogos dan mengeluarkan kenyataan media bersama.





