KATHMANDU: Banjir besar yang meragut sekurang-kurangnya 160 nyawa di Nepal dipercayai tercetus apabila sebahagian besar glasier runtuh dari kawasan pergunungan Himalaya, lalu menghasilkan arus deras air, ais dan batu yang membadai kawasan di hilir tanpa amaran.
Penilaian awal sekumpulan pakar geologi dan glasier menunjukkan sebongkah ais selebar kira-kira 600 meter terpisah daripada glasier sebelum jatuh hampir 1.2 kilometer ke dasar...





