Sebagai tindak balas susulan banjir teruk di sepanjang sempadan Nepal-China, pemerintah Singapura akan menyumbang AS$100,000 ($127,072) sebagai dana permulaan bagi usaha pengumpulan dana awam Palang Merah Singapura (SRC), kata Kementerian Ehwal Luar (MFA).
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 28 Ogos, MFA berkata sumbangan tersebut akan menyokong usaha bantuan kemanusiaan di Nepal dan menangani keperluan mendesak masyarakat yang terjejas.




