Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perusahaan (Perdagangan), Encik Gan Kim Yong, mengumumkan komitmen dana sebanyak $220 juta bagi tempoh tiga tahun di bawah Skim Teknologi dan Inovasi Sektor Kewangan (FSTI) 4.0 yang diperbaharui, pada 31 Ogos.
SingapuraAug 31, 2026 | 4:30 PM

Dana $220j bagi rangsang usaha teknologi, inovasi sektor kewangan di bawah skim diperbaharui

Sektor kewangan Singapura bakal menerima dorongan baharu bagi usaha teknologi dan inovasinya menerusi komitmen dana sebanyak $220 juta bagi tempoh tiga tahun di bawah Skim Teknologi dan Inovasi Sektor Kewangan (FSTI) 4.0 yang diperbaharui.

Ini diumumkan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) pada 31 Ogos, dengan skim yang diperbaharui itu bertujuan memperkukuh ekosistem teknologi kewangan dan mempercepatkan penerapan inovasi dan teknologi dalam...

pertanian Johor, Maha 2026, kerjasama pertanian
MalaysiaAug 31, 2026 | 6:09 PM

Johor jalin kerjasama RM7.4j di Maha 2026

JOHOR BAHRU: Tiga memorandum persefahaman (MOU) bernilai RM7.4 juta ($2.3 juta) dimeterai bagi menyokong pembangunan sektor pertanian Johor sempena pembukaan Astaka Johor di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (Maha) 2026, di Serdang, Selangor.

Johor turut memperkenalkan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Johor (JARDC), yang akan berfungsi sebagai pusat sehenti bagi penyelidikan berimpak tinggi dalam sektor pertanian negeri.

Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia berlangsung di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Kompleks Sultan Abu Bakar pada 27 Ogos.
SingapuraAug 31, 2026 | 6:09 PM

ICA sambut Hari Kebangsaan M’sia dengan rakan sejawat negara jiran

Bagi meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-69, Komander Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dari Pos Pemeriksaan Woodlands dan Tuas telah menyampaikan kek kepada rakan sejawat mereka daripada Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS).

Pos Pemeriksaan Woodlands telah menyampaikan kek ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar pada 24 Ogos.

Punggol Container Park di 50 Punggol East menempatkan sekitar enam perniagaan F&B. Para peniaga di situ telah dimaklumkan bahawa mereka perlu mengosongkan premis masing-masing menjelang 31 Oktober.
SingapuraAug 31, 2026 | 6:00 PM

Peniaga F&B Punggol Container Park terkejut perlu kosongkan premis lebih awal

Beberapa pengendali makanan dan minuman (F&B) di Punggol Container Park terkejut selepas dimaklumkan mereka perlu mengosongkan premis masing-masing pada 31 Oktober, lebih awal daripada yang dijangkakan berdasarkan tempoh penyewaan mereka.

Punggol Container Park di 50 Punggol East kini menempatkan sekira-kiranya enam perniagaan F&B, dengan dua daripadanya dimiliki peniaga Muslim.

Encik Faiq Faran, 21 tahun, yang pernah menetap dan bersekolah selama tiga tahun di Arab Saudi, mengatasi cabaran menyesuaikan diri dengan sistem pendidikan Singapura sebelum muncul sebagai pelajar cemerlang dan menerima Anugerah Lee Hsien Loong bagi Pencapaian Cemerlang dalam Pelbagai Bidang.  pada 31 Ogos di Pusat Kebudayaan Universiti, Universiti Nasional Singapura (NUS).
SingapuraAug 31, 2026 | 5:30 PM

Cabaran selepas pulang dari luar negara, kini raih Anugerah Lee Hsien Loong

Sekembalinya ke Singapura pada Jun 2018 selepas tiga tahun menetap di luar negara, Encik Faiq Faran bergelut untuk mendapatkan tempat di sekolah menengah kerana tidak memiliki sijil Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE).

Beliau ketika itu baru menamatkan pendidikan darjah enam di Arab Saudi, tempat keluarganya menetap sejak 2015.

Keputusan itu dibuat selepas Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) mendapati kesesakan berterusan di kawasan Orchard Road.
SingapuraAug 31, 2026 | 5:08 PM

Bayaran ERP kembali di 11 tempat sekitar Orchard Road mulai 7 September akibat kesesakan

Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) akan dikenakan semula di 11 tempat sekitar Orchard Road mulai 7 September, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Dalam kenyataan pada 31 Ogos, LTA berkata pihaknya telah memantau keadaan lalu lintas di kawasan beli-belah itu dengan teliti dan mendapati kesesakan berterusan sejak Oktober 2025.

Banjir Nepal-Tibet: Lebih 160 maut, pelancong dilapor hilang termasuk warga S’pura
Play Video

Ramai kawan ‘online’, tapi belia masih sunyi?
Play Video

Perkukuh kepimpinan, perkasa belia Melayu/Islam demi masa depan S’pura
Play Video

Lebih sokongan untuk ibu bapa besarkan anak
Play Video

PM Wong gesa masyarakat beri sokongan kepada Zaqy, kepimpinan Melayu/Islam
Play Video