Singapura akan menghantar bekalan dan kakitangan bagi misi kemanusiaan dalam usaha bantuan berterusan menyusuli banjir yang melanda Nepal.
Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan pada 31 Ogos berkata perkara ini disampaikan oleh Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, kepada rakan sejawatannya di Nepal, Encik Shisir Khanal, melalui panggilan telefon pada 31 Ogos.





