KOTA TINGGI: “Ketika bapa saudara saya berusaha menarik mereka keluar dari laut, suami masih terus pegang kaki anak dengan kuat... tidak lepas.”
Demikian perkongsian hiba oleh Cik Nurul Jannah Kamaruzaman, 31 tahun, yang menyaksikan sendiri pengorbanan suaminya, Encik Mohammad Nizam Zainal, 33 tahun, sedaya upaya cuba menyelamatkan anak sulung, Muhammad Zamri Mikhail, lapan tahun, sebelum dua beranak ini terbabit lemas...





