SHAH ALAM: Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) akan melaksanakan operasi pembenihan awan (OPA) di tiga negeri iaitu Sarawak, Kedah dan Perlis dari 3 hingga 5 September ini, menyusuli keadaan jerebu yang semakin teruk, terutama di Sarawak.
Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata OPA dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)...





