Juara Liga Perdana Singapura (SPL), Lion City Sailors, mengumumkan “perpisahan” dengan ketua jurulatihnya dari Sepanyol, Jesus Casas, kurang tujuh bulan selepas beliau dilantik untuk membimbing pasukan itu.
Kelab itu dalam kenyataan di Instagram pada 1 September memaklumkan, mereka telah “berpisah” dengan Casas, sekali gus menamatkan tempoh singkat jurulatih berusia 51 tahun itu bersama Sailors.





