GEORGE TOWN (Pulau Pinang): Taktik sindiket pengedaran dadah antarabangsa menjadikan Malaysia sebagai transit, tumpas selepas 252.2 kilogram (kg) syabu, atau dikenali sebagai metamfetamina, dirampas dalam operasi bersama polis Malaysia dan Thailand.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Dennis Lim, berkata kejayaan itu adalah hasil perkongsian maklumat intipan dan tindakan berasaskan penyelarasan antara Pejabat Kawalan Narkotik (ONCB) Thailand dengan Jabatan Siasatan Jenayah...





