KATHMANDU: Harapan untuk menemui mangsa yang masih hidup semakin tipis pada 2 September, seminggu selepas runtuhan glasier di Himalaya mencetuskan banjir besar yang meragut sekurang-kurangnya 1,114 nyawa di Nepal.
Hampir 4,000 orang masih hilang, dengan pihak berkuasa bimbang ramai telah tertimbus di bawah timbunan lumpur, batu dan serpihan bangunan selepas arus deras memusnahkan bandar dan kawasan lembah berhampiran sempadan China.





