KALIMANTAN TENGAH: Polis Indonesia memperhebat penguatkuasaan terhadap kebakaran hutan dan tanah, dengan 23 orang dinamakan sebagai suspek dalam 19 kes di Kalimantan Tengah, sedang pihak berkuasa di Riau meningkatkan pemantauan bagi menghalang kawasan yang terbakar daripada ditukar menjadi ladang kelapa sawit.
Tindakan itu dilakukan ketika beberapa wilayah terus berdepan kesan kebakaran dan jerebu, termasuk Kalimantan Selatan, yang mencatatkan peningkatan kes...





