Dikenali sebagai seorang yang baik hati dan peramah, terutama terhadap kanak-kanak, Encik Abdul Rahman Ahmad, 68 tahun, telah meninggal dunia selepas kebakaran yang berlaku di flatnya di Lorong Lew Lian, Upper Serangoon, pada 1 September.
Allahyarham Abdul Rahman, seorang bapa yang mempunyai beberapa orang anak dalam lingkungan usia 20-an dan 30-an, tinggal bersendirian, menurut anak perempuannya yang enggan mendedahkan namanya...





