BAITULMAKDIS: Israel sudah menyediakan rancangan untuk memindahkan penduduk Palestin keluar dari Jaluran Gaza dan hanya menunggu Amerika Syarikat menentukan negara yang bersedia menerima mereka, kata Menteri Pertahanan Israel, Encik Israel Katz.
Encik Katz berkata rancangan itu membolehkan penduduk Gaza dibawa keluar melalui laut, udara atau kaedah lain, sambil mendakwa penghijrahan penduduk merupakan sebahagian daripada penyelesaian jangka panjang bagi wilayah Palestin...





