MARANG (Terengganu): Selepas hampir sedekad tidak kelihatan, penyu belimbing atau Leatherback Turtle, yang merupakan spesies penyu terbesar di dunia dipercayai kembali mendarat di pesisiran pantai Terengganu, pada 1 September.
Kemunculan semula ‘gergasi samudera’ itu dikesan berdasarkan jejak fizikal bersaiz besar yang ditinggalkan di atas pasir, selain penemuan telur di dalam sarang oleh kakitangan Pejabat Perikanan Negeri Terengganu.





