DUA lelaki menjadi mangsa kepada penipuan penyamaran pegawai pemerintah dari China yang berjaya mempengaruh mereka untuk mendedahkan maklumat peribadi serta latar belakang keluarga mereka hingga salah seorang daripada mereka mengalami kerugian sekitar $63,000.
Polis berkata pada Khamis kedua-dua mangsa itu berusia 22 dan 19 tahun masing-masing telah mematuhi arahan pegawai polis palsu dari China untuk melaporkan diri sebanyak tiga kali...




