Latihan berbulan-bulan, termasuk lawatan berulang kali ke Zhejiang dan Changchun di China serta pengalaman praktikal di SBS Transit, menjadi persiapan buat Encik Arfan Amirun Arfiee sebelum melangkah ke pentas antarabangsa buat kali pertama.
Pelajar Politeknik Republic (RP) itu bersama 33 pelajar Singapura yang lain bakal mewakili negara di pertandingan uji kemahiran, Pertandingan WorldSkills (WSC) 2026, yang akan berlangsung di Shanghai,...





