SYDNEY: Kerajaan Australia berkata pada Selasa ia akan alih keluar TikTok daripada semua peranti milik kerajaan, seperti yang dilakukan oleh kebanyakan negara, mengharamkan aplikasi video milik China itu atas kebimbangan keselamatan.
Larangan itu menandakan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap kemungkinan pemerintah China akan menggunakan syarikat yang berpangkalan di Beijing, milik ByteDance, bagi mendapatkan maklumat pengguna untuk muslihat politik dan menggugat...






