JOHOR BAHRU: Seorang peniaga kunafa yang mempunyai wajah seiras pelakon terkenal filem Fast and Furious, Vin Diesel, menjadi tarikan di Bazar Ramadan di Jalan Padi Mahsuri, Bandar Baru Uda, di sini.
Berpenampilan botak dan bertubuh sasa, melihat gaya berjalan Encik Mohamed Ahmed Mahmoud Shokr, 39 tahun, dari keretanya sambil membawa barangan jualan makanan Timur Tengah itu menuju ke gerainya, tidak...





