Jika dahulu Cik Sapiah Yahaya perlu menemani anaknya menaiki bas dan MRT sambil mengajarnya laluan ke destinasi yang dituju, kini beliau hanya mampu tersenyum melihat Danish Qastalani Mohamad Shahrin, 17 tahun, melakukan perjalanan itu sendiri.
Ini kerana anak bongsu enam beradik itu merupakan seorang pelajar yang mengalami autisme sejak lahir – yang menyebabkan Danish tidak mampu berbicara dengan yakin.





