BAZAR Raya Geylang Serai telah menarik kira-kira 3 juta pengunjung sejak dibuka pada 17 Mac lalu.
Menyatakan demikian pada Jumaat, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, berkata jumlah pengunjung itu dikira dan dinilai oleh pasukan agensi keselamatan yang membuat rondaan di bazar itu setiap hari.






