TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Encik Fumio Kishida, berdepan detik cemas selepas diselamatkan daripada satu letupan kuat ketika sedang bersedia untuk berucap di sebuah pelabuhan di Wakayama, pada Sabtu. Beberapa laporan, termasuk oleh agensi berita Kyodo, berkata objek menyerupai suar dengan kepulan asap itu dilontarkan ke arah pemimpin berkenaan. Susulan kejadian itu, protokol kecemasan dilaksanakan menyebabkan Kishida terpaksa meninggalkan lokasi berkenaan....






