LEBIH daripada 550,000 pengunjung telah ke Kampong Glam, sepanjang Ramadan yang baru lalu, apabila bazar raya 'Raikan Cahaya Ramadan' berlangsung. Memberikan perangkaan terkini bilangan pengunjung ke sana, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, berkata bazar tersebut merupakan contoh bagaimana pihak berkepentingan yang berbeza bekerjasama untuk meraikan warisan yang kaya, budaya dan masyarakatnya,...






