SEBAGAI sebahagian daripada inisiatif Hari Pekerja, kanak-kanak di prasekolah My First Skool di Hab Masyarakat Braddell Heights telah mengedarkan kad penghargaan, bunga dan coklat kepada pekerja-pekerja di kawasan kejiranan Serangoon pada hari Khamis.
Seramai 12 kanak-kanak terlibat, terdiri daripada peringkat K1 dan K2, dari prasekolah itu. Inisiatif keseluruhan itu melibatkan empat prasekolah My First Skool dan 250 kanak-kanak.






