JOHOR BAHRU: Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, menggariskan sekurang-kurangnya lima cadangan penyelesaian jangka pendek untuk mengatasi masalah kesesakan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Johor Bahru, terutama pada waktu sibuk.
Beliau berkata lima isu dan cadangan penyelesaian jangka pendek itu dibincangkan ketika lawatan kira-kira dua jam ke kompleks itu - bermula...






