INDIVIDU yang mahu mendapatkan status penduduk tetap (PR) melalui Program Pelabur Global (GIP) Singapura mesti melabur lebih banyak - sekurang-kurangnya $10 juta dalam perniagaan atau $25 juta dalam dana yang diluluskan - tidak lama lagi.
Mereka yang menubuhkan pejabat keluarga mesti menggunakan dan mengekalkan sekurang-kurangnya $50 juta dalam mana-mana kategori pelaburan daripada empat yang ada.






