SEORANG wanita yang menggunakan alat solek pada muka pembantu rumahnya untuk menutup lebam apabila polis ke rumahnya dijatuhi hukuman penjara 10 bulan dan 10 minggu pada Isnin. Deepakala Chandra Secharan, 38 tahun, turut diperintahkan agar memberi pampasan $4,000 kepada pembantu rumah, Cik Eni Agustin. Peguam bela, Encik Mohamed Baiross dari IRB Law berkata, kedua-dua anak guamnya dan pembantu rumah itu...






