PERLUASAN projek bagi membantu keluarga di rumah sewa awam, repositori digital baru bagi asatizah dan lebih banyak peluang pekerjaan merupakan antara inisiatif bagi masyarakat Melayu/Islam yang diumum semasa Bahas Belanjawan Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) pada Isnin.
Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad berkata pemimpin agama boleh mendapatkan lebih banyak sokongan Majlis Ugama Islam...






