Singapura tidak boleh mengawal harga makanan secara langsung, tetapi boleh memastikan harga makanan yang boleh dimampui dapat diperkukuh secara mampan, kata Setiausaha Parlimen Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Cik Goh Hanyan.
Ia boleh dilakukan melalui beberapa pendekatan, termasuk mengekalkan persaingan adil, mempelbagaikan sumber makanan, meluaskan pilihan pengguna, dan menyediakan sokongan kepada isi rumah yang paling memerlukan...





