CALIFORNIA: Pemain tenis asal Britain, Emma Raducanu, mengatasi kecederaan dan demam yang dialami dengan memenangi pusingan pertama pertandingan di Indian Wells.
Raducanu, 20 tahun, tidak begitu pasti sekiranya beliau cukup cergas untuk bermain menyusuli kecederaan di pergelangan tangannya, namun berjaya atasi lawannya, Danka Kovinic, dari Montenegro.






