Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TENIS

Raducanu atasi kecederaan, menang pusingan pertama di Indian Wells

Mar 11, 2023 | 05:30 AM



CALIFORNIA: Pemain tenis asal Britain, Emma Raducanu, mengatasi kecederaan dan demam yang dialami dengan memenangi pusingan pertama pertandingan di Indian Wells.



Raducanu, 20 tahun, tidak begitu pasti sekiranya beliau cukup cergas untuk bermain menyusuli kecederaan di pergelangan tangannya, namun berjaya atasi lawannya, Danka Kovinic, dari Montenegro.



Juara Terbuka Amerika Syarikat (AS) 2021 itu yang kini di ranking ke-77, akan berhadapan dengan pemain Poland, Magda Linette, dalam perlawanan selanjutnya.



Seorang lagi pemain Britain, Jack Draper hanya memerlukan 55 minit untuk menang perlawanan pembukaannya, dan akan berhadapan rakan senegara, Dan Evans, dalam perlawanan seterusnya.



Menjelang Khamis, Andy Murray, menyasarkan untuk bersama kededua pemain Britain itu dalam pusingan kedua pertandingan Terbuka BNP Paribas, yang merupakan salah satu acara terbesar di luar pertandingan Grand Slam.



Sejak menang Terbuka AS selaku pemain remaja yang tidak dikenali, Raducanu telah menghadapi kesukaran untuk mencapai rentak kejayaan yang sama menyusuli masalah kecergasan yang dialami.



Pelbagai kecederaan dialaminya sepanjang 2022 sehingga menjejas peluangnya untuk mencari momentum yang sesuai dalam pertandingan Persatuan Tenis Wanita (WTA) pada 2022 dan masalah pergelangan tangannya itu mengakhiri peluang untuknya kembali beraksi - lantas menjejas penyertaannya di Indian Wells.



Satu lagi masalah kesihatan yang dialaminya, tonsilitis, menyebabkan beliau tidak dapat sertai satu pertandingan di Austin.



Sehinggakan beliau memberikan perumpamaan:



"Apabila ia hujan, ia turun dengan lebat."



Namun kemenangannya ke atas Kovinic yang merupakan pemain di ranking ke-62 dunia - dalam perlawanan pertama Raducanu sejak kalah kepada Coco Gauff di Terbuka Australia - mungkin akan dapat menaikkan semangatnya.



Raducanu tidak kelihatan seperti dapat atasi masalah sakit yang dialami apabila ketinggalan dua mata dalam kededua set.



Meskipun begitu Raducanu meraih keyakinan apabila Kovinic, 28 tahun kerap membuat kesilapan.



Kovinic bermain dengan beberapa pukulan yang agak lemah dan berhadapan dengan cabaran membuat pukulan serve pertamanya dalam kededua set, dengan Raducanu kekal sabar selain bermain dengan bijak untuk mencapai kemenangan.



Kemenangan Raducanu muncul sejurus selepas Draper, 21 tahun menundukkan pemain Switzerland, Leandro Riedi, 6-1 6-1.



Padahal pemain kidal itu tidak bermain sejak pertengahan Januari selepas tewas kepada pemain Sepanyol, Rafael Nadal, di Terbuka Australia. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >