SEJAK berpindah ke Dubai, Amiriah Arab Bersatu (UAE), sekitar lima tahun lalu, Encik Rosebi Mohd Sah, 64 tahun, giat menyumbang kepakarannya sebagai penulis dan penterjemah bebas.
Dengan pengalamannya sebagai wartawan media cetak dan penyiaran veteran selama 30 tahun sebelum berhijrah ke Dubai, beliau terlibat dengan pelbagai liputan termasuk berbentuk penyiasatan dan berbentuk 'scoop', atau yang pertama dilaporkan mengenai sesuatu berita...






