SETIAP Ramadan, golongan belia membentuk sebahagian besar jemaah yang memenuhi dewan-dewan masjid, terutama sekali bagi sesi tarawih berjemaah setiap malam.
Namun, usaha memikat golongan tersebut dan memastikan kehadiran itu dapat membawa ke arah penglibatan dalam program-program anjuran masjid ternyata semakin mencabar terutama sekali semasa tempoh pascapandemik kini, menurut beberapa pegawai masjid yang ditemu ramah Berita Harian (BH).





