Muktamar Tahunan Parti Islam SeMalaysia (PAS) ke-72 yang berlangsung di Kelantan baru-baru ini, menyaksikan parti itu merencana agenda untuk menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16, yang dijangka diadakan sebelum 2028.
Malah, satu lagi penekanan penting yang diangkat pada muktamar itu ialah PAS bertegas akan mempertahankan setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen, termasuk negeri yang telah dimenangi...





