Penyanyi, Adira Suhaimi, berlapang dada terhadap kritikan pendengar untuk versi baharu lagu Cinta Di Akhir Garisan 2.0 yang dinyanyikan bersama Marsha Milan, Nadeera Zaini dan Aisha Retno yang hangat diperkatakan di media sosial.
Adira memaklumkan beliau juga tidak berkecil hati dengan komen-komen berbaur perbandingan yang mengaitkan nyanyian asal lagu itu oleh Datuk Nora Ariffin, Datuk Ziana Zain, Ning Baizura dan...





