JAKARTA: Indonesia, yang memulakan mesyuarat peringkat menteri Asean pertama sebagai pengerusi badan serantau itu semalam, mendapat reaksi berbeza daripada pemerhati politik berhubung rancangannya mahu menghantar seorang jeneral tertinggi ke Myanmar bagi berbincang dengan pemimpin tentera di sana.
Menghantar seseorang daripada latar belakang tentera mungkin memudahkan dialog bagi penyelesaian krisis politik Myanmar, tetapi ia boleh disalah tafsir sebagai pengiktirafan bagi rejim...






