SYARIKAT media sosial Twitter sedang mempertimbangkan untuk mengenakan caj AS$1,000 ($1,325) setiap bulan kepada jenama bagi menggunakan tanda semak berwarna emas.
Menurut laporan SocialMediaToday, pakej baru tersebut juga membolehkan jenama-jenama mengesahkan kakitangan mereka dengan tanda logo jenama rasminya, tetapi bayaran tambahan AS$50 akan dikenakan bagi setiap pekerja yang ditambah.





