Dalam satu usaha mendekati penduduk di kawasan perjiranan, Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dan Persekutuan Tao Singapura telah menganjurkan Sukan Harmoni ke-16 di Our Tampines Hub pada 13 September.
Acara tersebut, yang menarik sekitar 500 peserta, memberikan mereka peluang untuk bertanding dalam beberapa sukan seperti badminton, bola keranjang, dan e-sukan.





